Prosess 4 --
"Shadow", "light", dan "Highlight"
- Pertama sekali bayang² akan
didefinisikan bayang² pada subjek karya ini. Untuk tujuan ini warna yang yang
mempunyai nilai ("Value") yang lebih gelap dari warna yang terdapat pada karya
tadi dipilih dengan menggunakan "Color Picker".
Secara asasnya variasi nilai warna boleh dipilih
secara "diagonal" pada "Color Palette". Pada pertengahan "palette" ialah warna²
"midtones", Ke bawah adalah warna² gelap untuk bayang dan ke atas ialah warna²
terang untuk "light" dan "Highlight".
- Dengan menggunakan latar
belakang definisi cahaya yang telah di buat (Prosess 2, Langkah 1) sebagai
petunjuk, bayang² akan dimasukkan pada subjek. Bayang² akan terbentuk disebelah
arah yang bertentangan dari sumber cahaya yang terang (Dalam contoh ini--sumber
cahaya pertama) pada bahagian² yang terlindung dari cahaya. Pemahaman tentang
bagaimana reaksi cahaya pada bentuk objek akan membantu dalam prosess ini.
- Seterusnya "Shading" akan
dibuat pada karya ini dengan merendahkan "Opacity" "PaintBrush" kepada 25%--50%
dan "Brush Dynamics" untuk "Opacity" kepada "Stylus". Kepada pengguna mouse,
pilihan "Brush Dynamics -- stylus" tidak akan ada, jadi anda bolehlah
menggunakan peratusan "Opacity" bagi membantu kerja² anda dengan menaikkan
peratusan "Opacity" untuk mendapatkan kesan warna yang lebih terang dan
merendahkan peratusan untuk kesan sebaliknya.
Dalam prosess ini,
bahagian² yang gelap (bayang) akan digelapkan dan bahagian² yang cerah ("light")
akan dicerahlan. Juga transisi antara bayang, "midtones" dan juga "light"
dimasukkan pada tempat² yang bersesuaian. "Highlight" juga akan dimasukkan
ditempat² yang paling terang cahayanya. Prosess ini dilakukan dengan memilih
nilai warna yang bersesuaian dan mewarna pada karya.
Untuk "blending"
dengan menggunakan "Eyedropper Tool" (kekunci "Alt" ketika "Paintbrush" dalam
pilihan) warna berdekatan dari karya dipilih, dengan "Opacity" paintbrush pada
25%, beberapa lapisan warna dikenakan pada tempat yang hendak di "blend" kan
sehingga mendapat "blending" warna yang sesuai.
Tip: Untuk
mendapatkan transisi yang lebih licin("Smooth") anda bolehlah menggunakan berus
lembut ("Soft edge brush").
Untuk campuran warna, seperti "blending", warna yang akan di campurkan
dipilih dan dengan "Opacity" "Paintbrush" pada 25%, beberapa lapisan warna akan
dikenakan pada tempat yang hendak di campurkan sehingga mendapat campuran yang
sesuai. Kemudian campuran warna ini dipilih dengan "eyedropper tool" untuk di
warnakan di tempat² yang diperlukan
Tip: Elakkan dari menggunakan warna putih dan warna hitam
tulen pada karya anda. Sebaliknya gunakan warna yang mempunyai nilai tinggi
iaitu warna cerah(yang masih mempunyai warna) untuk highlight, dan warna
gelap(juga yang masih mempunyai warna) untuk shadow.
Gunakan saiz berus
dan opacity yang berbeza-beza untuk mendapat tekstur pada karya.
Cuba
pantulkan warna dari sumber cahaya anda pada subjek untuk mendapatkan kesan
cahaya yang menarik dan juga membantu mengurangkan "shading" leper("Flat") pada
subjek anda.
|
No comments:
Post a Comment