Monday, November 19, 2012

Mewarna "Line Art" -- Salah satu cara (Process 2)

Prosess 2 -- Persediaan Asas
 
  1. "Layer" yang baru dibuat tadi : "Layer 1", kemudiannya akan dipenuh("fill")kan dengan dengan warna latar belakang dengan menggunakan "Gradient Tool". Untuk ini pilihlah warna latar belakang yang sesuai dan penuhkanlah "layer" tadi dengan "Gradient" tersebut. Pada tahap ini sumber cahaya sudah boleh didefinisikan pada karya anda. Di sini, dua sumber cahaya telah digunakan : satu cahaya dari kanan atas dan satu lagi dari kiri bawah.

    Proses ini akan membantu didalam proses memasukkan "Highlight" dan "Shadow" pada karya anda nanti. Dengan ini juga kanvas putih dapat dihilangkan kerana kanvas putih kurang memberi kita idea untuk memikirkan tentang warna, mood, dan sebagainya

     

    Untuk mendapatkan sumber cahaya pertama, warna cahaya dipilih pada "foreground" dan warna hitam pada "background". Dengan "setting" "Gradient" "Foreground To Background", "layer" ini dipenuhkan dengan "gradient". Untuk Mendapatkan sumber cahaya kedua, warna cahaya dipilih pada "Foreground" dan dengan "setting" "Gradient" "Foreground To Transparent", "gradient" dimasukkan ke dalam "layer" tadi pada tempat yang sesuai. Untuk sumber cahaya seterusnya, ianya bolehlah dibuat dengan "setting" "Gradient "Foreground To Transparent" seperti tadi. Tetapi Fikirkan dahulu logik pencahayan yang akan dibuat pada karya anda nanti. Sesetengah "line art" sudah mempunyai difinisi sumber cahaya yang jelas, oleh itu pencahayan terpaksa dibuat mengikut pencahayaan yang terdapat pada "line art" tersebut.

    Tip: Tekan kekunci "Alt" dan pilih warna pada "Swatches" untuk melilih warna "Background"



    Selain dari menggunakan "Gradient Tool", "filter" "Lihgthing Effects" [Filters -> Render -> Lighting Effects] juga boleh digunakan untuk mendifinasikan sumber cahaya pada karya. Untuk cara ini , "layer" perlu penuhkan dengan warna cahaya dengan menggunakan "Paint Bucket". Kemudian kenakan "filter" "Lighthing Effects" pada "layer" tersebut. Gunakan kreativi untuk mendapatkan pencahayaan yang sesuai.

    Tip: Alternatif kepada "Paint Bucket" anda boleh menggunakan kekunci "Alt+Backspace" untuk memenuhkan layer dengan warna




    Contoh variasi pencahayaan :

  2. Seterusnya, buat lagi satu "layer" dan letakkan "layer" tersebut di antara "layer" "line art" dan "layer" latar belakang tadi("Layer 1"). Kemudian pada "layer" ini, penuhkan bahagian dalam "line art" dengan warna.

    Terdapat dua cara untuk mencapai matlamat terserbut :
    a. Dengan menggunakan "Paintbrush" serta "setting" "Opacity" : 100% dan semua "Brush Dynamics" "Off".



    Tip: Gunakan "Paintbrush" bersaiz besar untuk memenuhi "line art". Jangan terlalu risau jika warna melimpah keluar dari "line art" tersebut. Penuhkan dahulu kesemua "line art" tersebut dengan warna. Kemudian gunakan "Eraser Tool" untuk membuang warna yang terlebih. Gunakan "Eraser Tool" jenis "Paintburush" dan gunakan kekunci "[" dan "]" untuk mengawal saiz "brush".
    Gunakan "Eraser Tool" yang bersaiz kecil untuk tempat² yang sempit dan yang besar untuk sebaliknya.


    b. Dengan menggunakan "Polygonal Lasso Tool". Dengan menggunakan "Polygonal Lasso Tool", buat pilihan mengikut garisan luar "line art" dan penuhkan ia dengan warna.

    Inilah hasil prosess ini :

     

    Nota: Jangan Lupa untuk sentiasa menyimpan ("Save") fail anda.

[ Prosess 1 ] [ Prosess 2 ] [ Prosess 3 ] [ Prosess 4 ] [ Prosess 5 ]

No comments:

Post a Comment