Prosess 2 --
Persediaan Asas
- "Layer" yang baru dibuat
tadi : "Layer 1", kemudiannya akan dipenuh("fill")kan dengan dengan warna latar
belakang dengan menggunakan "Gradient Tool". Untuk ini pilihlah warna latar
belakang yang sesuai dan penuhkanlah "layer" tadi dengan "Gradient" tersebut.
Pada tahap ini sumber cahaya sudah boleh didefinisikan pada karya anda. Di sini,
dua sumber cahaya telah digunakan : satu cahaya dari kanan atas dan satu lagi
dari kiri bawah.
Proses ini akan membantu didalam proses memasukkan
"Highlight" dan "Shadow" pada karya anda nanti. Dengan ini juga kanvas putih
dapat dihilangkan kerana kanvas putih kurang memberi kita idea untuk memikirkan
tentang warna, mood, dan sebagainya
Untuk mendapatkan sumber cahaya pertama, warna cahaya dipilih pada
"foreground" dan warna hitam pada "background". Dengan "setting" "Gradient"
"Foreground To Background", "layer" ini dipenuhkan dengan "gradient". Untuk
Mendapatkan sumber cahaya kedua, warna cahaya dipilih pada "Foreground" dan
dengan "setting" "Gradient" "Foreground To Transparent", "gradient" dimasukkan
ke dalam "layer" tadi pada tempat yang sesuai. Untuk sumber cahaya seterusnya,
ianya bolehlah dibuat dengan "setting" "Gradient "Foreground To Transparent"
seperti tadi. Tetapi Fikirkan dahulu logik pencahayan yang akan dibuat pada
karya anda nanti. Sesetengah "line art" sudah mempunyai difinisi sumber cahaya
yang jelas, oleh itu pencahayan terpaksa dibuat mengikut pencahayaan yang
terdapat pada "line art" tersebut.
Tip: Tekan kekunci "Alt"
dan pilih warna pada "Swatches" untuk melilih warna "Background"
Selain dari menggunakan
"Gradient Tool", "filter" "Lihgthing Effects" [Filters -> Render ->
Lighting Effects] juga boleh digunakan untuk mendifinasikan sumber cahaya pada
karya. Untuk cara ini , "layer" perlu penuhkan dengan warna cahaya dengan
menggunakan "Paint Bucket". Kemudian kenakan "filter" "Lighthing Effects" pada
"layer" tersebut. Gunakan kreativi untuk mendapatkan pencahayaan yang sesuai.
Tip: Alternatif kepada "Paint Bucket" anda boleh menggunakan
kekunci "Alt+Backspace" untuk memenuhkan layer dengan warna
Contoh variasi pencahayaan
:
- Seterusnya, buat lagi satu
"layer" dan letakkan "layer" tersebut di antara "layer" "line art" dan "layer"
latar belakang tadi("Layer 1"). Kemudian pada "layer" ini, penuhkan bahagian
dalam "line art" dengan warna.
Terdapat dua cara untuk mencapai matlamat
terserbut : a. Dengan menggunakan "Paintbrush" serta "setting" "Opacity" :
100% dan semua "Brush Dynamics" "Off".
Tip: Gunakan "Paintbrush" bersaiz besar
untuk memenuhi "line art". Jangan terlalu risau jika warna melimpah keluar dari
"line art" tersebut. Penuhkan dahulu kesemua "line art" tersebut dengan warna.
Kemudian gunakan "Eraser Tool" untuk membuang warna yang terlebih. Gunakan
"Eraser Tool" jenis "Paintburush" dan gunakan kekunci "[" dan "]" untuk mengawal
saiz "brush". Gunakan "Eraser Tool" yang bersaiz kecil untuk tempat²
yang sempit dan yang besar untuk sebaliknya.
b. Dengan
menggunakan "Polygonal Lasso Tool". Dengan menggunakan "Polygonal Lasso Tool",
buat pilihan mengikut garisan luar "line art" dan penuhkan ia dengan
warna.
Inilah hasil prosess ini :
Nota: Jangan Lupa untuk sentiasa menyimpan ("Save") fail
anda.
|
No comments:
Post a Comment