Showing posts with label Rujukan. Show all posts
Showing posts with label Rujukan. Show all posts

Monday, December 24, 2012

Apa itu Catan Digital?

Catan digital atau "Digital Painting" merupakan satu bidang seni yang baru muncul dan sedang meningkat dimana teknik catan tradisional seperti cat air, cat minyak, impasto dan sebagainya digunapakai dengan menggunakan alatan digital melalui komputer, tablet pendigitan, stilus dan perisian. Perbezaan antara catan tradisonal dan catan digital hanyalah pada medium dan peralatan yang digunakan dimana catan digital menggunakan peralatan seperti berus, cat dan kanvas maya. Artis menggunakan teknik catan untuk menghasilkan catan digital terus di komputer. Apa yang dibuat oleh perisian catan digital hanyalah memimik penggunaan alatan fizikal seperti berus, cat dan kanvas.

Monday, November 19, 2012

Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menyediakan perkhidmatan pusat rujukan dimana rujukan Kamus Bahasa Melayu, Kamus Bahasa Inggeris, Istilah Malaysia dan Kamus Sains boleh dibuat melalui enjin gelintar yang disediakan.

Perkhidmatan ini boleh digunakan untuk mencari terjemahan, istilah dan maksud berserta contoh penggunaan didalam bahasa melayu dengan mudah dan pantas.

Pusat rujukan ini boleh dicapai melalui alamat web ini : http://prpm.dbp.gov.my/