Monday, November 19, 2012

Mewarna "Line Art" -- Salah satu cara (Process 3)



Prosess 3 -- Warna

  1. Pada tahap ini kita akan mula mewarna linert ini. Sebelum memulakan kerja² mewarna, kita akan "Lock transparent pixels" pada layer yang telah kita penuhkan dengan warna pada bahagian dalam lineart tadi ("Layer 2"). Dengan ini kita tidak lagi perlu risau warna melimpah keluar dari lineart. Pastikan anda "Untick" "lock" tadi jika anda masih lagi mahu membetulkan warna yang tidak memenuhi line art di dalam prosses tadi (Prosess 2, Langkah 2).

     
  2. Pada Tahap ini saiz karya akan mula ditambah (Image -> Image Size) bagi memudahkan prosses mewarna. Lagi besar saiz karya lagi mudah dan lagi banyak "detail" yang dapat dimasukkan ke dalam karya. Kebiasannya resolusi akan dibesarkan kepada kepada 300dpi dan lebar tidak kurang dari 3000 piksel. Panjangnya, bergantung pada saiz karya (Akan ditentukan secara automatic oleh Photoshop apabila pilihan "Constrain Proportions" di "tick"). Dengan ini bahagian² kecil dan bentuk² komplek akan dapat diwarna dengan mudah.

     

    Sebesar mana saiz karya sebenarnya bergantung kepada kesesuaian dan kehendak anda, tetapi formulanya: Lagi besar, lagi mudah dan lagi banyak "detail". Tip ini telah banyak membawa perubahan pada cara karya saya dan pada juga cara saya mewarna/mengecat.

  3. Warnakanlah bahagian² "lineart" tadi mengikut warna² yang sesuai seperti mana kita memenuhkan bahagian dalam lineart tadi dengan warna; iaitu dengan Paintbrush (kekunci "B") dan "Opacity" : 100% dan semua "Brush Dynamics" "Off". Ataupun dengan teknik polygonal lasso (kekunci "L"). Pemilihan warna pada tahap ini, kebiasaannya adalah dari warna² "midtone" atau warna² tonal pertengahan.

    Tip : Warnakanlah dahulu bahagian² yang besar pada lineart tersebut seperti pakaian, badan dan sebagainya dan jangan terlalu risau lagi dengan bahagian² kecil seperti, mata, bibir, peralatan atau aksesori kecil dan sebagainya. Warnakan bahagian yang besar dahulu. Kemudian "Zoom Out" kan karya tersebut agar ia kelihatan secara menyeluruh. Dengan ini kita boleh melihat keseluruhan karya itu dan menilai kesesuaian antara satu warna dengan warna yang lain. Ulangi langkah ini sehingga mendapat hasil yang memuaskan.

    "Zoom In" (kekunci "Z" dan "Alt" pada "tool" ini untuk "Zoom Out") karya anda kepada saiz yang bersesuaian untuk mewarna bahagian² yang kecil dan komplek.

    Kebiasaannya ruang kerja diatur seperti gambar dibawah ini unutuk memudahkan kerja. Iaitu satu "window" ruang kerja dan satu "window" kecil dimana keseluruhan karya tersebut boleh dilihat (View -> New View).


     



    Inilah hasil prosses ini.

[ Prosess 1 ] [ Prosess 2 ] [ Prosess 3 ] [ Prosess 4 ] [ Prosess 5 ]

No comments:

Post a Comment