Melalui HSB, warna di
definisikan melalui tiga nilai iaitu : Hue(H), Saturation(S), Brightness(B)
Hue ialah nilai yang mengawal variasi warna iaitu seperti merah, biru,
kuning, jingga dan sebagainya. Nilai hue di kira dalam bentuk darjah iaitu dari
0° hingga 360°.
Saturation ialah nilai yang mengawal peratusan campuran
warna pada satu² nilai hue dengan warna putih. Nilai saturation dikira
dari 0 hingga 1, ataupun dari 0% hingga 100%. Nilai Saturation 100% bermakna
warna tersebut tidak mengandungi sebarang campuran warna putih.
Brightness pula ialah nilai yang mengawal peratusan campuran warna pada
satu² nilai hue dengan warna hitam.Nilai brightness juga dikira dari 0
hingga 1, ataupun dari 0% hingga 100%. Nilai Brightness 100% bermakna warna
tersebut tidak mengandungi sebarang campuran warna hitam.
Di dalam
Photoshop palet pemilihan warna disusun seperti gambar di bawah :

Berdasarkan gambar di atas nilai hue boleh
dipilih dari bawah ke atas, yang mana dibawah ialah nilai 0° dan yang paling
atas ialah 360°.
Nilai saturation pula boleh di pilih secara melintang,
iaitu nilai 0% berada disebelah kiri dan 100% di sebelah kanan.
Nilai
brightness pula boleh di pilih secara menegak, iaitu nilai 0% berada disebelah
bawah dan 100% di sebelah atas.
sesetengah program menggunakan terma untuk brightness yang berlainan
seperti luminosity (HSL), value (HSV) dan
sebagainya
|
No comments:
Post a Comment