Monday, November 19, 2012

Mewarna "Line Art" -- Salah satu cara (Process 1)

Perisian : Photoshop 6
Kemahiran Perisian : "Beginners" hingga "Intermidiate"


Prosess 1 -- Persedian Ruang Kerja
 

  1. Buka Photoshop dan buka "line art" yang hendak diwarnakan -- [File -> Open]. Untuk tujuan ini "Line Art" karakter Deeja yang telah dipensel dan di"ink" oleh PeeNutt telah dipilih.

    Anda boleh memuatturun "Line Art" ini di sini .

  2. Pada "Layers Tab", "right clik" pada "layer" "Background" dan klik pada "Duplicate layer" untuk membuat satu salinan "layer" ini. Namakan layer tersebut kepada "LineArt" atau apa² nama yang sesuai.

    Tip : Anda boleh juga membuat salinan "layer" anda mengunnakan "drag & drop" layer anda kepada ikon "create a new layer".

  3. Klik pada ikon "Create a new layer" untuk membuat satu "layer" baru, kemudian susunkan "layer" anda supaya "layer" "line art" anda berada di atas sekali. Kemudian setkan "blending" "layer" "line art" anda kepada "Multiply". Dengan ini "line art" anda akan sentiasa kelihatan apabila prosess mewarna dilakukan.

    Kemudian Klik pada ikon mata("Indicate layer visibility") pada "layer" "Background" untuk menghilangkan "layer" tersebut.

 
[ Prosess 1 ] [ Prosess 2 ] [ Prosess 3 ] [ Prosess 4 ] [ Prosess 5 ]

No comments:

Post a Comment