Friday, November 16, 2012

Tips Catan Digital

tip #4531 : "Work big"; Mulakan kerja dengan kanvas yang besar ~
1500px - 3000px (lebar) pada 300 dpi, 3-4 kali lebih besar daripada hasil
akhir. Dengan kanvas yang besar kita boleh menggunakan zoom untuk
mengecat pada bahagian² yang sukar dengan lebih mudah. Dengan
kanvas yang besar juga akan lebih mudah untuk memasukkan "detail" ke
dalam catan kita. Setelah selesai maka boleh lah kita mengecilkan
kembali kepada saiz yang dikehendaki.

tip #2903 : Gunakan kaedah "Image Mirror"/"Flip Horizontal" untuk
memeriksa kesilapan didalam catan. Pandangan dari sudut yang berbeza
akan memberikan pandangan yang baru/segar kepada catan kita dan
membolehkan kita melihat kesilapan yng biasanya tidak kelihatan. Ulangi
langkah ini beberapa kali didalam proses catan.
Teknik ini bukanlah satu teknik yang baru, pada zaman sebelum digital,
kebanyakan artis menggunakan cermin untuk memeriksa kesilapan
didalam hasil kerja mereka.

tip #1318 : Campuran warna ("Color Blending") ; Dua atau lebih warna
boleh di campur untuk mendapatkan satu warna yang
mempunyai "sense" dari kedua² warna asal.

 

Seperti contoh diatas; jika kita ingin menambahkan sedikit pink "feel"
kepada catan kita, pilih warna pink yng sesuai dari palet warna dan
kenakan beberapa lapisan nipis ("low opacity") warna pink tadi kepada catan sehingga
dapat "feel" yang dikehendaki. Jika terlalu tebal, maka kita boleh
memilih warna asal dan mengenakan beberapa lapisan nipis ("low opacity") lagi ke atas
campuran tadi agar mendapatkan "feel" yang dikehendaki.

tip #1705 : kependekan kekunci di dalam photoshop semasa mengecat;
Semasa mengecat menggunakan berus, tangan yang sebelah lagi akan
sentiasa berada pada papan kunci dan ibu jari berada pada kekunci "alt".
Dengan cara ini "Eyeropper" dan "brush" dapat di tukar dengan cepat
semasa memberus bagi mendapatkan warna dari catan ("Color
sampling"). Kecunci "Spacebar" pula akan mendapatkan "hand tool"
dengan ini kanvas boleh digerakkan dengan mudah semasa didalam
keadaan "zoom in" sambil memberus.

tip #1321 : Satu praktis yang baik untuk memahami "value" ialah dengan
mengecat dengan warna skala kelabu ("greyscale") ataupun "monotone".
Ini adalah kerana dengan menggunakan "greyscale" atau "monotone" kita
telah mengurangkan lagi satu benda yang perlu dirisaukan iaitu "hue"; maka
bolehlah tumpukan perhatian pada benda/faktor yang lebih penting seperti "value".

tip #3351 : Kebiasaan dalam catan digital, mengecat di atas kanvas
putih/hitam tulin adalah satu amalan yang kurang baik. Warna
latarbelakang atau warna sekeliling mempunyai efek/pengaruh
terhadap "value" dan jugak "hue". Ini akan membuatkan pandangan kita
terhadap "value and "hue" menjadi "bias" kepada warna putih/hitam tulin.
Satu praktis yng baik ialah dengan mengenakan kanvas dengan warna
tona pertengahan ("Middle Tone"). Kecuali latarbelakang produk akhir
memang akan berwarna putih/hitam maka tidak mengapalah kalau mula
mengecat dengan kanvas putih/hitam.

tip #3862 : Sisi ("edges"); untuk mendapatkan sisi yng
sesuai/dikehendaki : satu teknik yng biasa digunakan ialah dengan
mengecat subjek kedalam latarbelakang dan latarbelakang kedalam
subjek sehingga sisi yng dikehendaki diperolehi.

 

Didalam contoh di atas dua jenis sisi diperolehi iaitu sisi keras ("hard
edges"), pada bahagian atas; dan sisi lembut ("soft edges") pada
bahagian bawah

tip # 2253 : Satu latihan yang baik ketika membuat catan digital ialah
dengan mengekang diri dari pada menggunakan pemadam ("eraser");
tetapi sebaliknya dengan menggunakan berus dan warna yang betul untuk
membetulkan kesilapan.
Sebagai contoh, apabila tersilap mengecat subjek sehingga melimpahi latarbelakang, ini
boleh diperbetulkan dengan mengecat latarbelakang kedalam subjek dan
subjek kedalam latarbelakang sehingga hilang catan yng terlimpah tadi.

No comments:

Post a Comment