Monday, November 19, 2012

Mewarna "Line Art" -- Salah satu cara (Process 4)



Prosess 4 -- "Shadow", "light", dan "Highlight"
  1. Pertama sekali bayang² akan didefinisikan bayang² pada subjek karya ini. Untuk tujuan ini warna yang yang mempunyai nilai ("Value") yang lebih gelap dari warna yang terdapat pada karya tadi dipilih dengan menggunakan "Color Picker".



    Secara asasnya variasi nilai warna boleh dipilih secara "diagonal" pada "Color Palette". Pada pertengahan "palette" ialah warna² "midtones", Ke bawah adalah warna² gelap untuk bayang dan ke atas ialah warna² terang untuk "light" dan "Highlight".

Mewarna "Line Art" -- Salah satu cara (Process 3)



Prosess 3 -- Warna

  1. Pada tahap ini kita akan mula mewarna linert ini. Sebelum memulakan kerja² mewarna, kita akan "Lock transparent pixels" pada layer yang telah kita penuhkan dengan warna pada bahagian dalam lineart tadi ("Layer 2"). Dengan ini kita tidak lagi perlu risau warna melimpah keluar dari lineart. Pastikan anda "Untick" "lock" tadi jika anda masih lagi mahu membetulkan warna yang tidak memenuhi line art di dalam prosses tadi (Prosess 2, Langkah 2).

     

Mewarna "Line Art" -- Salah satu cara (Process 2)

Prosess 2 -- Persediaan Asas
 
  1. "Layer" yang baru dibuat tadi : "Layer 1", kemudiannya akan dipenuh("fill")kan dengan dengan warna latar belakang dengan menggunakan "Gradient Tool". Untuk ini pilihlah warna latar belakang yang sesuai dan penuhkanlah "layer" tadi dengan "Gradient" tersebut. Pada tahap ini sumber cahaya sudah boleh didefinisikan pada karya anda. Di sini, dua sumber cahaya telah digunakan : satu cahaya dari kanan atas dan satu lagi dari kiri bawah.

    Proses ini akan membantu didalam proses memasukkan "Highlight" dan "Shadow" pada karya anda nanti. Dengan ini juga kanvas putih dapat dihilangkan kerana kanvas putih kurang memberi kita idea untuk memikirkan tentang warna, mood, dan sebagainya

Mewarna "Line Art" -- Salah satu cara (Process 1)

Perisian : Photoshop 6
Kemahiran Perisian : "Beginners" hingga "Intermidiate"


Prosess 1 -- Persedian Ruang Kerja
 

  1. Buka Photoshop dan buka "line art" yang hendak diwarnakan -- [File -> Open]. Untuk tujuan ini "Line Art" karakter Deeja yang telah dipensel dan di"ink" oleh PeeNutt telah dipilih.

    Anda boleh memuatturun "Line Art" ini di sini .

  2. Pada "Layers Tab", "right clik" pada "layer" "Background" dan klik pada "Duplicate layer" untuk membuat satu salinan "layer" ini. Namakan layer tersebut kepada "LineArt" atau apa² nama yang sesuai.

Friday, November 16, 2012

Tips Catan Digital

tip #4531 : "Work big"; Mulakan kerja dengan kanvas yang besar ~
1500px - 3000px (lebar) pada 300 dpi, 3-4 kali lebih besar daripada hasil
akhir. Dengan kanvas yang besar kita boleh menggunakan zoom untuk
mengecat pada bahagian² yang sukar dengan lebih mudah. Dengan
kanvas yang besar juga akan lebih mudah untuk memasukkan "detail" ke
dalam catan kita. Setelah selesai maka boleh lah kita mengecilkan
kembali kepada saiz yang dikehendaki.

tip #2903 : Gunakan kaedah "Image Mirror"/"Flip Horizontal" untuk
memeriksa kesilapan didalam catan. Pandangan dari sudut yang berbeza
akan memberikan pandangan yang baru/segar kepada catan kita dan
membolehkan kita melihat kesilapan yng biasanya tidak kelihatan. Ulangi
langkah ini beberapa kali didalam proses catan.
Teknik ini bukanlah satu teknik yang baru, pada zaman sebelum digital,
kebanyakan artis menggunakan cermin untuk memeriksa kesilapan
didalam hasil kerja mereka.