Catan Digital
Tuesday, June 6, 2017
Added new 'the making of' video
I've added a new "the making of" video for one of my quickies using Open Canvas
Tuesday, January 8, 2013
Dapatkan Adobe Creative Suite CS2 dengan percuma secara sah
*Kemaskini : Nampaknya maklumat ini adalah tidak tepat dan Adobe sebenarnya tidak menawarkan CS2 secara percuma.. rujukan: forbes.com
Adobe Creative Suite (CS) merupakan koleksi perisian rekabentuk grafik, suntingan video dan pembangunan aplikasi web oleh Adobe. Kolesi ini merangkumi perisian seperti Adobe Photosop, Adobe Illustrator, Adobe InDesign, Adobe Premiere dan sebagainya.
Berita baik kepada pengguna-pengguna perisian rekabentuk grafik, suntingan video dan pembangunan aplikasi web kerana Adobe sedang menawarkan Adobe Creative Suite CS2 secara percuma!. Walaupon CS2 ini adalah versi yang dikeluarkan pada tahun 2005, namum fungsi dan penggunaanya masih lagi relevan.

Monday, December 24, 2012
Apa itu Catan Digital?
Catan digital atau "Digital Painting" merupakan satu bidang seni yang baru muncul dan sedang meningkat dimana teknik catan tradisional seperti cat air, cat minyak, impasto dan sebagainya digunapakai dengan menggunakan alatan digital melalui komputer, tablet pendigitan, stilus dan perisian. Perbezaan antara catan tradisonal dan catan digital hanyalah pada medium dan peralatan yang digunakan dimana catan digital menggunakan peralatan seperti berus, cat dan kanvas maya. Artis menggunakan teknik catan untuk menghasilkan catan digital terus di komputer. Apa yang dibuat oleh perisian catan digital hanyalah memimik penggunaan alatan fizikal seperti berus, cat dan kanvas.
Tuesday, December 4, 2012
Kepentingan "Shadow" dan "Light"
Pencahayaan didalam catan diperolehi dengan bayang ("Shadow") dan cahaya ("Light"). Ia memainkan peranan yang penting dalam pembentukan objek ("Forms") didalam catan. Tanpa bayang dan cahaya, apa yang dapat dilihat hanyalah bentuk pipih ("shape").
Seperti gambar di atas, tanpa bayang dan cahaya, kiub tidak dapat terbentuk tetapi apa yang dapat dilihat hanyalah bentuk geometri. Dengan penambahan bayang, rupa kiub mula kelihatan dan dengan cahaya pembentukan kiub jelas kelihatan.
Bayang dan cahaya membolehkan objek menbentuk dari bentuk pipih kepada objek tiga dimensi diatas kanvas. Oleh itu, bayang dan cahaya perlu dititikberatkan seawal permulaan catan
Friday, November 23, 2012
Memahami Palet Pemilihan Warna Photoshop Berdasarkan HSB
Melalui HSB, warna di
definisikan melalui tiga nilai iaitu : Hue(H), Saturation(S), Brightness(B)
Hue ialah nilai yang mengawal variasi warna iaitu seperti merah, biru, kuning, jingga dan sebagainya. Nilai hue di kira dalam bentuk darjah iaitu dari 0° hingga 360°. Saturation ialah nilai yang mengawal peratusan campuran warna pada satu² nilai hue dengan warna putih. Nilai saturation dikira dari 0 hingga 1, ataupun dari 0% hingga 100%. Nilai Saturation 100% bermakna warna tersebut tidak mengandungi sebarang campuran warna putih. Brightness pula ialah nilai yang mengawal peratusan campuran warna pada satu² nilai hue dengan warna hitam.Nilai brightness juga dikira dari 0 hingga 1, ataupun dari 0% hingga 100%. Nilai Brightness 100% bermakna warna tersebut tidak mengandungi sebarang campuran warna hitam. |
Monday, November 19, 2012
Pusat Rujukan Persuratan Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menyediakan perkhidmatan pusat rujukan dimana rujukan Kamus Bahasa Melayu, Kamus Bahasa Inggeris, Istilah Malaysia dan Kamus Sains boleh dibuat melalui enjin gelintar yang disediakan.
Perkhidmatan ini boleh digunakan untuk mencari terjemahan, istilah dan maksud berserta contoh penggunaan didalam bahasa melayu dengan mudah dan pantas.
Pusat rujukan ini boleh dicapai melalui alamat web ini : http://prpm.dbp.gov.my/

Mewarna "Line Art" -- Salah satu cara (Process 5)
Prosess 5 -- Latar
Belakang dan Sentuhan terakhir Pada tahap latar belakang akan dimasukkan dan apa² yang bersesuaian seperti bayang, "sparkle", "bluring" dan sebagainya. Latar belakang yang kita masukkan seharusnya membantu untuk menyerlahkan ("Contrast") lagi subjek kita. Tip: Elakkan dari memasukkan unsur² tambahan yang boleh menarik pandangan lari dari subjek utama kita Apabila sudah siap "output" akan dihasilkan daripada Fail photoshop ini dengan saiz dan resolusi yang besesuaian. |
Subscribe to:
Posts (Atom)