Monday, December 24, 2012

Apa itu Catan Digital?

Catan digital atau "Digital Painting" merupakan satu bidang seni yang baru muncul dan sedang meningkat dimana teknik catan tradisional seperti cat air, cat minyak, impasto dan sebagainya digunapakai dengan menggunakan alatan digital melalui komputer, tablet pendigitan, stilus dan perisian. Perbezaan antara catan tradisonal dan catan digital hanyalah pada medium dan peralatan yang digunakan dimana catan digital menggunakan peralatan seperti berus, cat dan kanvas maya. Artis menggunakan teknik catan untuk menghasilkan catan digital terus di komputer. Apa yang dibuat oleh perisian catan digital hanyalah memimik penggunaan alatan fizikal seperti berus, cat dan kanvas.


Adobe Photoshop CS6
Perisian catan digital banyak memasukan berus yang digayakan secara digital yang menyerupai gaya tradisional seperti cat minyak, akrilik, pastel, arang, dan berus angin. Perisian popular yang digunakan untuk menghasilkan catan digital adalah seperti Adobe Photoshop dan Corel Painter 

Corel Painter 12



Selain dari penggunaan perisian catan digital, penggunaan tablet pendigitan dan stilus adalah menjadi kebiasaan dalam menghasilkan catan digital walaupun catan digital boleh dihasilkan tanpa menggunakan tablet pendigitan dan stilus. Tablet pendigitan yang biasa digunakan adalah seperti yang dihasilkan oleh syarikat Wacom

Wacom Intuos 5

No comments:

Post a Comment